Strategi Pemasaran Online Untuk Syarikat Hartanah

Strategi pemasaran online untuk syarikat hartanah

Banyak syarikat pengurusan hartanah memiliki laman web korporat yang komprehensif, berinformasi dan interaktif yang dilengkapi ciri-ciri menarik. Tetapi jika dilihat dari sudut pemasaran, laman web sahaja tidak mencukupi. Pemasaran media sosial, dengan kempen online yang bagus adalah sangat perlu.

Secara dasarnya, anda patut memiliki akaun rasmi Facebook, Twitter dan YouTube sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran. Untuk kesemua jaringan social ini, kandungan yang bagus, konsisten dan kena pada waktu adalah penting untuk menarik perhatian audiens.

Sebagai syarikat pengurusan hartanah, laman media sosial anda memiliki tiga tujuan utama iaitu;

1. Untuk mengekalkan klien

Penting untuk anda membuktikan kepada klien anda yang anda mengambil berat tentang mereka dan berusaha untuk memastikan keselesaan mereka. Berkomunikasi dan libatkan dengan mereka!

2. Untuk mencari prospek

Apa yang bagus tentang Facebook walaupun terdapat masalah berkaitan privasi adalah ia merupakan alat pemasaran cara mulut ke mulut. Facebook merupakan tempat di mana anda boleh mensasarkan rakan kepada followers dan potensi klien secara mudah dan efisyen.

3. Untuk tujuan pengiklanan

Promoted Posts dan Sponsored Stories di Facebook menambahkan keberkesanan iklan anda untuk mencapai prospek baru sebagai tambahan kepada iklan di sidebar yang mudah terlepas pandang oleh pengguna Facebook. Agak sukar untuk mereka tidak menghiraukan kandungan yang berada di dalam newsfeed mereka, maka adalah disyorkan untuk meletakkan bajet untuk ini.

Sepertimana anda menghisab pulangan pelaburan ke atas hartanah anda, penting juga untuk anda mengetahui jumlah pulangan pelaburan (ROI) dalam pemasaran Facebook. Yang berikut merupakan kaedah mengira pulangan pelaburan Facebook anda, menurut Charity Hisle, perunding media sosial di Socially Engaged Marketing. Mulakan dengan menentukan matlamat anda. Berapa jumlah masa dan wang yang anda guna untuk mencapai matlamat anda? Kemudian tentukan nilai matlamat itu.

Ini semua amat penting kepada formula pulangan pelaburan: Pulangan pelaburan = Pendapatan daripada pelaburan – Kos pelaburan (termasuk masa dan wang) di bahagikan dengan Kos pelaburan (termasuk masa dan wang).

Berikut merupakan contoh yg paling mudah;

Matlamat adalah untuk mendapatkan leads.

Nilai satu lead ialah RM100.
Pelaburan di Facebook dalam bentuk masa adalah 1 jam (katakanlah, RM25/jam)
Pelaburan di Facebook dalam RM ialah RM300.
Kita menerima 5 Leads.
Pulangan pelaburan = RM500-RM325/325 = 53.8%

Kindly Call us at 012-7521 244 or Email us to get FREE Social Media Marketing consultancy services.

Recommend on Google