Pemasaran Digital vs Pemasaran Tradisional

Pemasaran Digital vs Pemasaran Tradisional

Pemasaran merupakan bidang yang telah lama wujud. Ini dibuktikan oleh sejarah perdagangan – tanpa pemasaran, kebarangkalian nenek moyang kita berjaya dalam perdagangan adalah hampir sifar. Jelasnya, dunia teknologi telah mengubah cara kita memasar dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan kita. Cara pemasaran telah berubah menjadi lebih mudah. Pemasaran digital merupakan produk hasil daripada aplikasi prinsip pemasaran yang telah lama wujud kepada teknologi komunikasi moden.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan pemasaran digital sehinggakan sesetengah orang mencadangkan sebahagian besar pelaburan disalurkan untuk pemasaran digital. Ada juga yang mencadangkan pemasaran tradisional digantikan terus dengan pemasaran digital. Di dalam artikel nukilannya, Matthew Kates menegaskan bahawa isu pemasaran digital vs pemasaran tradisional bukanlah sesuatu yang harus dibincangkan. Sebaliknya perbincangan harus menumpukan pada bagaimana kedua-duanya bergerak selari kerana kedua-duanya harus patuh pada prinsip pemasaran, dan berkongsi matlamat yang sama.

Di sebalik semua itu, tak dinafikan yang pemasaran digital memiliki lebih banyak kelebihan dan ia melengkapi pemasaran tradisional. Berikut merupakan sebab kenapa pemasaran digital menjadi trend dalam dunia bisnes hari ini

1. Melupuskan sempadan geografi

Internet telah membolehkan kita mencapai pasaran antarabangsa, menghapuskan batas geografi. Untuk memasarkan perniagaan ke penduduk negara mahupun benua lain tidak lagi mahal. Dalam bajet yang kecil berbanding pemasaran tradisional, kita boleh mengakses potensi pengguna dari seluruh dunia.

2. Kepelbagaian

Pemasaran digital membolehkan kita mencapai pengguna dalam pelbagai cara, mencapai lebih banyak jenis audiens dan menawarkan produk dan servis yang lebih luas.

3. Komunikasi dan penglibatan efektif

Jika pemasaran tradisional hanya bertumpu terhadap mendedahkan masyarakat terhadap jenama anda, pemasaran digital membantu perbualan antara syarikat dan pengguna. Anda boleh menggalakkan prospek, klien dan followers untuk melawat laman web anda, menilai produk anda, membeli dan memberi maklumbalas yang dapat dilihat oleh pasaran. Mereka juga boleh bertanya soalan dan respon kita boleh memberi manfaat terhadap audiens yang pasif.

4. Pantas

Internet adalah kepantasan, dan dalam konteks ini pemasaran dapat memberikan anda impak segera. Samada untuk menyebarkan maklumat tentang produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar – semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik. Anda tidak perlu lagi menanti berminggu-minggu untuk mengembangkan bisnes anda.

5. Hasil yang boleh diukur

Pemasaran digital mengizinkan anda melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak terhadap pemasaran anda, dan anda boleh mula merancang untuk strategi berikutnya dalam masa yang singkat. Jika ianya hampir mustahil untuk mendapatkan data analisis keberkesanan dalam pemasaran tradisional, juruanalisis pemasaran anda boleh menghasilkan laporan lengkap berkenaan kempen pemasaran online anda.

Kindly Call us at 012-7521 244 or Email us to get FREE Internet Marketing consultancy services.

Recommend on Google