5 Cara Untuk Menukar ‘Likes’ kepada ‘Leads’

5-cara-untuk-menukar-likes-kepada-leads

Laman media sosial merupakan saluran yang efisyen untuk mempromosikan jenama dan menarik minat pelanggan baru. Salah satu platform yang paling popular dan banyak digunakan dalam pemasaran media sosial adalah Facebook, yang memiliki pengguna seramai lebih satu billion – dan ia memang merupakan peluang pemasaran yang bagus untuk apa jua perniagaan.

Dalam pemasaran Facebook, kebanyakan syarikat hanya menekankan tentang peningkatan jumlah ‘fan’ sedangkan ianya tidak begitu penting. Ini kerana jumlah ‘Like’ yang diterima tidak mencapai objektif keseluruhan, termasuk meningkatkan jualan, leads (pertanyaan tentang produk atau perkhidmatan anda) dan jumlah hasil. Nilai sebenar media sosial letaknya pada bagaimana anda berinteraksi dengan follower dan audiens, seterusnya menjadikan mereka pelanggan yang bernilai tinggi.

Kami ingin berkongsi beberapa idea tentang bagaimana untuk mentransformasi follower laman Facebook anda dari sekadar follower menjadi leads dengan lima langkah ini.

1.Libatkan follower anda
Binalah kesetiaan dan kesedaran terhadap jenama anda dengan mesej yang unik dan komunikasi berkesan, dan respon pada komen-komen mereka sentiasa. Dengan mengemaskini laman Facebook anda dengan konsisten seiring dengan nilai ini, audiens anda akan lebih memahami, mempercayai dan memandang tinggi anda dan jenama anda.

2.Menganjurkan peraduan
Tawarkan promosi dan hadiah hebat secara eksklusif di Facebook, dan dapatkan lebih banyak penyertaan jika peserta berkongsi promosi ini dengan rakan-rakan di media sosial mereka. Penganjuran peraduan merupakan cara yang sangat bagus untuk mendapatkan alamat e-mail untuk kempen pemasaran dan jualan di masa hadapan.

3.Sentiasa sertakan gambar, video atau pautan dalam pos-pos anda.

4.Sediakan tab khas untuk promosi dan tawaran

Dengan mengambil peluang ke atas fungsi-fungsi yang terdapat pada laman Facebook, kita boleh mencipta lebih banyak peluang dan jalan yang menukarkan ‘likes’ kepada ‘leads’. Untuk itu, sediakan lah satu tab khas untuk menyerlahkan tawaran eksklusif anda. Tab khas boleh digunakan untuk menyenaraikan tawaran yang paling menarik.

5.Statistik dan analisis
Facebook Insights mungkin tidak mengemaskinikan pos-pos dengan segera, tetapi sudah memadai untuk anda memahami jenis-jenis pos yang memberi impak kepada audiens. Facebook Insights membolehkan anda untuk mengkaji aspek apa yang diberi perhatian oleh audiens Facebook anda, apa yang mereka klik dan bilakah waktu mereka paling aktif. Jika anda mengesan bahawa satu-satu pos itu mendapat banyak respon, anda boleh mempromosikannya kepada audiens yang lebih ramai. Bukan sahaja anda menarik lebih banyak pengunjung ke laman anda, anda juga akan menyaksikan peningkatan dalam jumlah klik pada sebarang pautan yang anda sertakan di dalam pos anda.

Kindly Call us at 603-2389 0709 / 012-7521 244 or Email us to get FREE Social Media Marketing consultancy services.

Recommend on Google